loading...

Liverpool Belasah Stoke 4-1, Rampas Posisi Kedua

LIVERPOOL membelasah Stoke City dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan di Stadium Anfield, awal pagi Rabu.

 

Setelah ketinggalan terlebih dahulu akibat gol Jonathan Walters pada minit ke-12, Liverpool bangkit menyamakan kedudukan dan meraih kemenangan menerusi gol Adam Lallana, Roberto Firmino, Daniel Sturridge dan gol bunuh diri Giannelli Imbula.

 

Keputusan ini menjadikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan di empat kelompok teratas carta liga bersama Chelsea, Arsenal dan Manchester City.

 

Kemenangan ini juga membawa pasukan Juergen Klopp ini kembali ke berada di posisi kedua dengan pungutan 40 mata, menyingkirkan City yang mengumpul 39 mata.

 

Stoke yang kini mendapat 21 mata tergelincir ke kedudukan 13.

 

Lallana hadir sebagai pemecah kebuntuan tuan rumah apabila menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-34.

 

Firmino berjaya membawa pasukannya kembali mendahului 2-1 melalui tendangan kuat kaki kirinya sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

 

Unggul 2-1 pada separuh masa kedua membuatkan Liverpool lebih tenang dan pada minit ke-59. Tuan rumah berjaya menjarakkan kedudukan 3-1 apabila Giannelli Imbula menyumbat masuk gol sendiri.

 

Mendahului dua gol, Klopp mengeluarkan Lallana dan Origi dan digantikan dengan Emre Can dan Sturridge bagi menyimpan tenaga untuk berdepan City dalam perlawanan seterusnya.

 

Kemasukan Sturridge tidak sia-sia apabila berjaya menghadiahkan satu lagi gol menjadikan kedudukan 4-1. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...