loading...

Lelaki OKU Maut Dirempuh Kereta Api

KUALA LIPIS – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut akibat dirempuh kereta api Express Senandung Timuran yang dalam perjalanan dari Johor Bharu Sentral menghala ke Tumpat, Kelantan.

 

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 6.30 pagi tadi daripada polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang memaklumkan kejadian tersebut.

 

Menurutnya, mangsa, Shari Johari, 50, yang beralamat di Kampung Telemin, Padang Tengku dipercayai sedang berjalan kaki di kawasan landasan sebelum dirempuh keretapi berkenaan.

 

“Kejadian itu berlaku di kilometer 234 Kuala Lipis – Chegar Perah apabila kereta api Express Senandung Timuran yang sedang membawa 300 penumpang itu telah merempuh mangsa.

 

“Mangsa disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

 

Abd Rashid berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

 

Sementara itu, Pengurus Wilayah Timur Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Zaid Ibrahim berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak melalui dan menceroboh landasan kereta api bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

 

Menurutnya, dalam tempoh dua bulan ini telah berlaku dua kejadian maut di daerah Lipis membabitkan kereta api melanggar orang awam yang melalui kawasan landasan.

 

“Untuk rekod sepanjang tahun 2016, telah berlaku lima kejadian akibat dirempuh kereta api di Wilayah Timur iaitu dua kes di Temangan, Lipis (2) dan Berangan (1).

 

“Justeru itu, penduduk khususnya yang tinggal berhampiran laluan kereta api tidak boleh sewenang-wenangnya melalui landasan terutama ketika hari gelap kerana ia mengundang risiko bahaya kepada mereka,” katanya.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...