loading...

Jamal Tawar Diri Sebagai Presiden FAS

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos menawarkan diri bagi kerusi presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada Sabtu.

 

Tindakan itu dibuat susulan perletakan jawatan mantannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat.

 

“Setelah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan Sebagai Presiden FAS.

 

“Hari ini 31.12.2016 saya Datuk Seri Jamal Mohd Yunos menawarkan diri saya sebagai penganti beliau. Jika tidak ada calon lain lagi setakat ini,” ujarnya menerusi kenyataan pagi Sabtu.

 

Terdahulu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilantik selaku presiden menerusi keputusan sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif FAS dalam Kongres Luar Biasa pada Disember 2014.

 

Turut mengambil keputusan sama ialah Pengurus Pasukan Red Giants, Amirudin Shari.

 

Beliau menerusi laman Facebook rasminya, mengumumkan keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan sikap barisan Exco FAS yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...