loading...

Edar Dadah Guna Formula MLM

ALOR SETAR – Enam hari menjelang sambutan tahun baru 2017, Polis Diraja Malaysia semalam membongkar taktik jahat sindiket dadah di negara ini yang menggunakan formula ala syarikat multi level marketing (MLM) iaitu ‘seorang penagih dadah mencari empat mangsa’.

 

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, taktik ala sistem syarikat jualan langsung tersebut dikatakan di­jangka lebih agresif menje­lang tahun baru 2017 dengan ‘tokan’ atau pengedar dadah dadah menyasarkan golongan remaja termasuk pelajar sekolah yang berhibur di pusat-pusat hiburan.

 

Beliau mendedahkan, melalui formula ‘seorang penagih dadah mencari empat mangsa’, penagih dan pengedar bertindak berani mema­sukkan dadah ke dalam botol air minuman atau diletakkan di dalam gulungan rokok.-Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...