loading...

Bahasa Melayu Semakin Lenyap Di Afrika Selatan

MELAKA – Faktor peredaran masa, globalisasi dan persekitaran setempat membuatkan bahasa Melayu semakin lenyap di bibir masyarakat Melayu terutama generasi muda di Afrika Selatan kata Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, situasi itu amat membimbangkan kerana faktor tersebut membuatkan masyarakat Melayu di negara itu mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan tempatan petik laporan RTM.

Katanya, lebih membimbangkan, daripada sekitar 2,000 orang Melayu pernah ditemuinya di ibu kota negara itu iaitu Cape Town, hanya dua orang, kedua-duanya berusia lebih 80 tahun, fasih bertutur dalam bahasa Melayu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...