loading...

Azmin Dakwa BR1M Adalah Rasuah, Wan Azizah Kata Bukan

SHAH ALAM — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak bersetuju dengan pandangan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan pemberian rasuah.

 

Timbalan presiden PKR berkata BR1M adalah satu sogokan politik dan tidak mampu menjana ekonomi rakyat.

 

“Bagi saya, BR1M adalah salah satu bentuk rasuah. Ini adalah salah satu cara sogokan. Sogokan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.

 

“Kalau nak dikatakan bantuan untuk jana ekonomi, ia tidak mampu berbuat demikian.

 

“Nilai RM600 boleh habis dalam dua hari,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

 

Wan Azizah pada Selasa berkata BR1M bukanlah satu bentuk rasuah kerana bantuan kewangan itu wajar diberikan kepada mereka yang layak.

 

“Apa sahaja yang diberikan kerajaan, perlu diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah.

 

“Hak mereka untuk mendapatnya dan jika mereka layak mendapat bantuan kerajaan, saya fikir ia perlu diberikan.” kata Wan Azizah.

 

Isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap BR1M sebagai rasuah. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...