loading...

Ahli Keluarga Kesal Sebaran Mesej Palsu SM Salim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga Tan Sri SM Salim hari ini melahirkan rasa kesal dan kecewa ekoran penyebaran mesej palsu di media sosial yang mendakwa seniman tanahair itu telah meninggal dunia.

 

Memetik laporan Kosmo Online, Puan Seri Aisyah Abd. Ghani berkata, suaminya masih lagi bernafas dalam keadaan stabil namun seluruh keluarga reda dengan sebarang kemungkinan.

 

“SM Salim sekarang berada dalam keadaan nazak dan tidak menunjukkan respons positif. Bagaimanapun, beliau masih bernafas dalam keadaan stabil.

 

“Ketika ini, semua ahli keluarga sudah berkumpul kecuali seorang lagi anak keduanya, Sheikh Shamsuddin yang dijangka tiba esok dari Chicago, Amerika Syarikat,” katanya.

 

Sejak pagi tadi viral mesej melalui aplikasi Whatsapp dan laporan beberapa portal berita serta blog yang mendakwa SM Salim telah meninggal dunia.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...