loading...

Adele Didakwa Sudah Berkahwin

Penyanyi terkenal Adele dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Simon Konecki, 42, selepas dia dilihat memakai cincin perkahwinan pada jari manis tangan kirinya.

 

Daily Mail melaporkan, Adele, 28, dilihat tidak cuba menyorok berita berkenaan apabila dilihat muncul di sebuah pasaraya di Los Angeles memakai cincin tersebut.

 

Berita berkenaan mula menjadi perbualan peminatnya di laman sosial dan ada yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

 

Adele dan Simon mula menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Angelo yang berusia empat tahun.

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hello itu dilaporkan merancang untuk berkahwin dalam sebuah majlis tertutup ketika musim cuti sekolah kerana ingin memastikan anak perempuan Simon daripada perkahwinan terdahulu dapat hadir.

 

Bagaimanapun penyanyi itu yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...