loading...

Video: RUU: Perkara Baik Kita Harus Sokong – Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata beliau akan menyokong RUU 355 dan persahabatan dengan Pas.

 

Menurut beliau, segala perkara yang baik yang membawa kepada ke arah kebaikan perlu disokong.

 

“Apa juga perkara yang menuju ke arah kebaikkan kita mesti sokong.

 

“Dan bagi saya secara peribadi, itu tidak menjadi masalah kerana kalau itu benda baik, perkara itulah yang perlu kita lakukan,”katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 206 tadi.

 

Menurut beliau lagi, RUU 355 ini dilihat mampu memperkasakan mahkamah dan justeru itu ia wajar diberi perhatian dan ia perlu disokong.

 

“Kita tengok RUU 355 adalah perkara yang baik untuk memperkasakan mahkamah syariah dan itu perlu kita beri perhatian dan kita sokong,” ujarnya. -SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...