loading...

Video : Puteri UMNO Bersiap Sedia Hadapi PRU14

KUALA LUMPUR – Taklimat Presiden yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah memberikan ‘petanda’ bahawa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) mendapat reaksi positif daripada sayap Putri UMNO Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, reaksi daripada exco dan ketua bahagian rata-rata menyifatkan ia bertujuan memantapkan saf jentera penerangan Umno bagi menghadapi PRU14 akan datang.

 
Exco Puteri UMNO, Pengerusi Biro kreatif Khaidirah Datuk Seri Abu Zahar berkata, semboyan yang dibunyikan menerusi taklimat Presiden semalam, nyata membangkitkan semangat juang jentera parti itu.

 

“Taklimat Presiden semalam, menyemarakkan lagi semangat dan laungan semboyan yang diberikan, dalam masa terdekat, PRU akan diadakan dan jentera kita tiada masalah dalam menghadapinya. Semua daripada jentera sudah bersiap sedia menghadapi PRU akan datang,”aktanya yang ditemui di luar perhimpunan sayap itu di PWTC di sini hari ini.

 

 

Penolong Setiausaha Puteri Umno Kuala Nerus, Zuraidi Ismailiya berkata, jenteranya di Kuala Nerus sudah bersiap siaga dalam menghadapi Pilihan Raya akan datang.

 

“Hari ini sendiri Datuk Mas Emiryati telah melancarkan berkaitan Puteri yang peduli dalam kesiap siagaan kita,”kata ya.

 

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi daripada pengundi muda di Kuala Nerus, dia berkata, biarpun menghadapi kesukaran isu semasa, bagaimanapun dia percaya belia kini sudah bijak tanpa mudah mempercayai apa sahaja yang disebarkan melalui media sosial.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...