loading...

Video: Maria Chin Sudah Bebas, Penyokong Masih Berhimpun

 

Kuala Lumpur –  Himpunan di Dataran Merdeka berjalan seperti biasa malam ini, kali ini dengan alasan bagi meraikan pembebasan Maria Chin.

 

 

 

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini. Beliau dibebaskan selepas ditahan selama 10 hari pada petang tadi.

 

 

 

Maria, 60, ditahan di bawah SOSMA sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 di sini pada Sabtu lalu. Penahanan dibuat selepas pihak polis menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya dan menemui dokumen yang memberikan petunjuk ia boleh menggugat Demokrasi Parlimen.

 

 

 
Pada 22 Nov, Maria memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini antara lain memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta daripada tahanan SOSMA dan mahkamah akan mendengar permohonannya itu pada 29 Nov ini.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...