loading...

Video: Jamal ‘Iringi’ Rafizi Melawat PAU 2016

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos sekali lagi tampil membuat provokasi terhadap Bekas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dengan membawa gambar beliau mengelilingi Pusat Dagangan Dunia Putra bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016.

 

Dalam gambar tersebut, jelas menunjukkan gambar Rafizi sedang memakai pakaian lokap polis.

 

Beliau kemudiannya dilihat beramah mesra dengan orang ramai yang ingin bergambar dengannya sambil membawa gambar Rafizi yang tergantung dilehernya.

 

Ketika berada di tengah orang ramai, beliau sempat berpesan agar masyarakat tidak lupa akan fitnah yang dilakukan oleh anggota parlimen Pandan itu.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Rafizi merupakan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meletak Jawatan ketika menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

 

“Apa yang saya cuba gambarkan ialah, kerana dia inilah ketua wanita Umno Malaysia terpaksa berundur jawatannya sebagai menteri,” ujarnya.

 

Tambahnya lagi, isu skandal  National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) oleh Suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dibangkitkan sendiri oleh Rafizi dan ini menyebabkan Shahrizat terpaksa meletak jawatan.

 

 

Namun Mahkamah telah memutuskan perkara ini merupakan Fitnah dan Rafizi didapati bersalah memfitnah NFC.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...