loading...

Saya Dapat Rasakan Kesucian Hati Najib – Shahrizat Jalil

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meluahkan rasa kagumnya terhadap semangat yang dipamerkan oleh Presiden UMNO, datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Menurutnya, beliau dapat melihat kesucian hati Najib dalam membantu rakyat di negara ini.

 

“Saya amat mengagumi semangat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika berucap merasmikan Himpunan Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini tadi.

 

Tambah beliau lagi, Wanita UMNO perlu mencontohi semangat yang dipamerkan oleh Perdana Menteri itu.

 

“Wanita (Umno) perlu bijak kenal pasti keperluan semasa rakyat.

 

“Kita perlu berani perjuangkan hak untuk terus berkebajikan kepada rakyat,” Ujarnya.

 

Hal ini penting bagi memastikan parti dapat menghadapi sebarang masalah yang dilakukan oleh parti serpihan selepas ini.

 

“Politik hari ini tidak sama seperti politik 70 tahun dahulu. Politik hari ini berdepan dengan cabaran luar biasa.

 

“Selepas diteliti, politik di negara ini juga berdepan dengan situasi yang sama. Maka dengan itu, sebagai ibu terbaik bangsa, kita harus menangani terbolen politik ini dengan wadah yang bijaksana, dan wasilah yang terpimpin,” tegasnya lagi.

 

Dalam perhimpunan itu, seramai 997 Perwakilan Wanita UMNO dari seluruh pelusuk negara menyertai himpunan itu.

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...