loading...

Ruhainies Minta Datuk Red Cari Artis Lain Saja

Kalau masih ingat dulu Ruhainies pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Adnan Abu selepas gambar mesra mereka tersebar. Sejak kejadian itu Ruhainies mengakui dirinya tidak ingin lagi bekerjasama dengan ahli perniagaan itu lagi. Mengakui kontroversi yang pernah melanda dirinya itu dulu memberi kesan, Ruhainies kini lebih berwaspada untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

BACA: Ruhainies Tidak Menghormati Pelakon Senior?

“Sejak daripada kontroversi itu memang tiada apa-apa projek, tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu. Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul. Saya akan tolak kerjasama lagi. Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham”

“Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya. Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan. Kalau nama naik sebab sebab negatif, saya tak mahu,” katanya kepada Projek MMO mengenai perkara tersebut.

Suami kepada penyanyi, Adira itu mula menjadi bualan ramai apabila sekeping gambar menunjukkan beliau merangkul erat pinggang Ruhainies ketika menaiki eskelator di sebuah pusat membeli-belah. Tidak kisah dengan kejadian yang berlaku, Datuk Red mengakui dirinya menyukai pelakon itu dan berniat untuk ingin mengenali Ruhainies dengan lebih dekat lagi.

Bagaimanapun, Ruhainies pula dalam kenyataan lain bengang dengan kejadian tersebut dan merasakan dirinya diperangkap oleh Datuk Red sehingga gambar itu tersebar. Terkilan dengan kejadian itu, Ruhainies serik untuk melakukan sebarang kerjasama dengan ahli perniagaan itu lagi yang dianggap seperti tidak serius dan profesional dalam urusan kerja. (rkty/w)

1-ruhainies-minta-datuk-red-cari-artis-lain-saja-jpeg 2-ruhainies-minta-datuk-red-cari-artis-lain-saja-jpeg 3-ruhainies-minta-datuk-red-cari-artis-lain-saja-jpeg 4-ruhainies-minta-datuk-red-cari-artis-lain-saja-jpeg 5-ruhainies-minta-datuk-red-cari-artis-lain-saja-jpeg 6-ruhainies-minta-datuk-red-cari-artis-lain-saja-jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...