loading...

Peminat Fanatik Filem Twilight Labur RM75,658 Beli Cincin

Seorang peminat setia filem ‘vampire’ romantik, iaitu Twilight, sanggup membeli sebentuk cincin yang dipakai watak Bella yang dilakonkan aktres Kristen Stewart dengan harga USD17,000 iaitu (kira-kira RM75,658).

 

Entertainment Weekly melaporkan, cincin tersebut merupakan cincin yang dipakai Bella dalam babak pertunangan bersama kekasihnya, Edward Cullen, lakonan Robert Pattinson.

 

Sumber itu memberitahu peminat tersebut mengakui berjaya memiliki cincin lelongan itu selepas bersaing dengan 1,000 peminat yang lain yng turut membida cincin tersebut.

 

 

Cincin itu merupakan antara barangan yang memperolehi bidaan paling tinggi yang diadakan di Hollywood Chinese Theater, California, pada tanggal 19 dan 20 November lalu.

 

Selain cincin, sebanyak 900 barang daripada prop, kostume dan set daripada filem Twilight Saga dilelong.

 

Tawaran lelongan turut dibida dengan harga tinggi seperti buku jurnal Edward dengan harga USD7,800 (kira-kira RM34,713). Kostum sekolah Bella dengan harga US$ 8.400 (kira-kira RM37,383.78).



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...