loading...

Najib Perkenal Buku Wasatiyyah & Media Sosial: Mendepani Cabaran dan Fitnah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi memperkenalkan buku tulisannya berjudul ‘Wasatiyyah & Media Sosial: Mendepani Cabaran dan Fitnah’, yang memperincikan pemikiran Perdana Menteri menghadapi cabaran gelombang maklumat yang terkandung unsur fitnah serta cara pengurusannya.

 

Buku setebal 47 muka surat yang ditulis bersama Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin itu diterbitkan IWM dan dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

 

Buku berkenaan diperkenalkan Najib yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Pameran Kartun dan Komik; Wasatiyyah dan Perjuangan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini.

 

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Abdullah dan Pengerusi ITBM, Budiman Mohd Zohdi. Dalam tulisannya bertajuk ‘Fiqh Tabayyun: Mengurus Malaysia Dalam Era Media Sosial’, Perdana Menteri mengakui kepentingan dan kecekapan teknologi media sosial dalam urusan seharian masyarakat masa kini.

 

Justeru, beliau menggariskan kaedah dan strategi yang perlu diterapkan bagi mengelakkan masyarakat berkiblatkan media sosial sehingga menolak terus prinsip fiqh tabayyun iaitu menyemak asas kebenaran.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...