loading...

Maria Chin Terima Surat Berisi Peluru

PETALING JAYA – Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menerima sepucuk surat berbaur ugutan bunuh dan berisi sebutir peluru.

 

Laporan Free Malaysia Today mengatakan peluru berukuran .44mm berkenaan dipercayai jenis sama dengan peluru yang dihantar ke kediaman Maria pada 18 November lepas.

 

“Amaran terakhir. Kalau tidak, R.I.P. (rest in peace) Marina dan keluarga,” ditulis dalam surat tersebut.

 

Maria ketika mengulas mengatakan pengirim surat tersebut ‘tersilap hantar’.

 

“Mereka sentiasa silap,” katanya merujuk pada kesalahan ejaan namanya pada surat berkenaan, semalam.

 
Beliau bagaimanapun menganggap tindakan menghantar surat ugutan tersebut sebagai sesuatu yang menjijikkan.

 

“Saya juga ada terima mesej WhatsApp. Saya tak boleh cakap saya dah biasa dengan semua ugutan bunuh ini.

 

“Saya fikir adalah sangat menjijikkan dan dahsyat untuk seseorang melakukan perkara sebegini kepada saya dan keluarga saya,” kata Maria lagi.

 

Maria sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 19 November lepas.

 

Beliau baharu sahaja dilepaskan dari tahanan kelmarin.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...