loading...

Gesa Dunia Bantu Selamatkan Rohingya-Puteri UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengecam kekejaman yang berlaku di Myammar terhadap etnik Rohingya.

 

Menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, ekoran daripada tindakan kejam dan pembersihan terhadap etnik Rohingya, pihaknya akan mengesa semua pihak khususnya ASEAN, PBB dan OIC untuk mengambil tindakan segera menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Myammar.

 

“Kita juga mendesak supaya Jawatankuasa Anugerah Nobel menarik balik anugerah Nobel Keamanan kepada Aung San Suu Kyi,” katanya ketikaberucap pada pembukaan persidangan Puteri UMNO di Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

Tambah beliau lagi, semua pihak perlu mengambil iktibar dan pengajaran yang berlaku kerana apa yang menimpa entik Rohingya juga tidak mustahil akan melanda negara kita.

 

“Sesuatu yang menimpa saudara kita di Rohingya tidak mustahil akan menimpa kita jika kita alpa,” ujarnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...