loading...

Sekolah Tamil Di Selangor Terpaksa Guna Rumah Kedai Untuk Beroperasi

KUALA LUMPUR – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Coalfields, Sungai Buloh dijangka memulakan sesi persekolahan 2017 di bangunan rumah kedai di Bandar Seri Coalfields, Kuala Selangor.

 

Malaysia Nanban membongkar maklumat itu yang diperolehi menerusi sumber boleh dpercayai akhbar itu.

 

Akhbar itu berkata pihaknya difahamkan bahawa surat berkenaan pemindahan itu dihantar pihak berkuasa kepada Exco negeri Selangor yang bertanggungjawab, V. Ganabatirau.

 

Pembangunan sekolah berkenaan dengan asrama pelajar didakwa antara janji palsu yang ditaburkan kerajaan pakatan rakyat negeri itu.

 

Lebih menyedihkan murid sekolah berkenaan dijangka memulakan sesi persekolahan bagi Januari 2017 dengan dipindahkan sementara ke sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Bandar Seeri Coalfields, .

 

Syarikat pemaju yang bertanggungjawab terhadap kawasan pembangunan itu difahamkan telah menghantar surat kepada Ganabati Rao selepas pembangunan sekolah itu yang sepatutnya dilaksanakan sejak 8 tahun lalu masih belum dibangunkan lagi.

 

Beberapa orang ibu bapa dari kawasan itu mendakwa ia merupakan satu pengkhianatan kerajaan negeri terhadap rakyat negeri itu khususnya masyarakat India dalam isu sekolah tersebut.

 

Pembinaan sekolah Tamil yang mampu untuk menampung seramai 500 pelajar yang turut dilengkapi dengan asrama diumumkan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas Exco negeri Dr. Xavier Jayakumar.

 

Malangnya dibawah pemerintahan kerajaan negeri baharu, didakwa belum seinci batu diletakkan untuk projek itu.

 

Ganabatirau yang sepatutnya menjaga nasib masyarakat India difahamkan bersetuju untuk pemindahan sementara itu, tetapi ia dianggap sangat memalukan mengikut masyarakat India setempat dan ibu bapa murid terlibat.

 

“Kami mahu maklumat lengkap mengenai status sekolah berkenaan perlu didedahkan oleh Ganabati Rao tanpa berselindung kepada masyarakat India,” tegas beberapa penduduk di situ.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...