loading...

Rakyat Malaysia Sokong Mekah Di Serang

KUALA LUMPUR – Aktivis propembangkang, Khalid Mohd Ismath mengucapkan tahniah di atas tindakan pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman yang menyerang Arab Saudi dengan peluru berpandu balistik ke Arab Saudi.

 

Ketua Biro Propaganda Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu melalui status yang Facebooknya turut menyifatkan kerajaan Arab Saudi sebagai barua Amerika.

 

“Setelah ribuan nyawa dibom oleh Saudi di Yaman dalam tempoh setahun ini, aku Ucap syabas kepada Gerilla Yaman kerana telah berjaya memasuki Jeddah.

“Semoga Istana barua Amerika di Tanah Suci itu runtuh tidak lama lagi. #prayforyaman,” tulisnya.

 

Terdahulu Khalid turut menyifatkan kenyataan Mufti Perlis yang mengecam serangan tersebut sebagai permainan sentimen.

 

“Bukan niat aku untuk melabel. Namun inilah yang parah sedang terjadi. Arab Saudi dan pecintanya di malaysia ini yang berlambak kat pejabat mufti Perlis itu sedang memainkan sentimen kaabah untuk menyerang Syiah,” tulisnya lagi.

 

Sementara itu seorang lagi aktivis yang berfahaman sosialis, Benz Ali turut menyifatkan Arab Saudi tidak sepatutnya diberikan hak untuk menjaga tempat suci bagi umt Islam itu.

 

“logik Wahhabi yang paling bodoh adalah, “Wahhabi mempertahankan Mekah dari diserang Syi’ah Houthi (Yaman).”

 

“kau ada baca tak yang Arab Saudi pi serang Yaman? kalau Arab Saudi tu terletak di Israel, Israel lah akan kena serang. dah kau serang tempat orang, orang serang lah tempat kau semula. dok bajet suci boleh. sepatutnya Arab Saudi (Wahhabi) yang jadi klik Amerika, tak patut jaga tempat2 suci. tempat ni biar mereka yang tak berkepentingan jaga. tapi tanduk syaitan dari Najd ni maha licik. menggunakan tempat suci sebagai benteng.

 

“(edit: selain dijadikan sebagai benteng, Mekah juga adalah ‘ibu duit’ kerana berperanan sebagai religious tourism kepada regim Wahhabi),” ujarya melalui status di Facebook Sabtu lalu.

 

Tentera Arab Saudi Khamis lalu berjaya memusnahkan peluru berpandu balistik Burkan-1 yang menjadikan ta­nah suci Mekah sebagai sasaran.

 

Serangan  tersebut berjaya digagalkan kira-kira 65 kilome­ter dari Mekah tanpa mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.

 

Jet pejuang tentera perikatan diketuai Arab Saudi kemudiannya membalas serangan dengan memusnahkan pelancar roket berkenaan di Saada, Yemen.

 

Arab Saudi menyifatkan serangan kumpulan pemberontak terhadap Mekah yang merupakan lokasi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan haji dan umrah itu sebagai melanggar perjanjian damai. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...