loading...

Jabatan Hutan Sarawak Keluar Permit Buru, Musnah Buaya Ganas

Jabatan Hutan Sarawak akan mengeluarkan permit untuk memburu dan memusnahkan buaya-buaya liar dan ganas di 13 batang sungai di negeri ini dalam tempoh terdekat kata Pengarahnya, Sapuan Ahmad.

 

Beliau berkata, penduduk setempat akan diberi keutamaan bagi memohon serta mendapatkan permit memburu dan memusnahkan buaya-buaya liar di sungai kawasan masing-masing, petik Bernama.

 

Menurutnya, antara sungai yang mempunyai populasi buaya liar tertinggi di Sarawak iaitu sekitar 14 ekor untuk jarak setiap satu kilometer ialah di Batang Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar dan Batang Salak.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...