loading...

Dron Berjaya Rakam Gambar Kabus Sama Seperti Air Terjun

LONDON – Sebuah dron di sini berjaya merakamkan gambar luar biasa mengenai kabus tebal yang menyelubungi permukaan air yang terletak di atas sebuah tebing batu.

 

Agensi melaporkan, Jurugambar, James Loveridge menerbangkan dron yang dilengkapi dengan kamera pada ketinggian 60 meter (m) di sebuah tebing yang terletak di West Bay, Dorset.

 

Satu klip video yang dimuat naik di internet menunjukkan seolah-olah terdapat hamparan permaidani berwarna putih yang bergerak jatuh ke sebuah laut.

 

Bagaimanapun, ketika dron berkenaan mencecah pada pinggir tebing setinggi 30m, air yang mengalir jatuh itu turut kelihatan seolah-olah sebuah air terjun.

 

“Ketika saya berjalan di tepi laut, saya tidak dapat melihat apa-apa kerana kabus tebal. Saya kemudian melihat keadaan di atas tebing batu itu kerana ia kelihatan ganjil.

 

“Saya kemudian menerbangkan dron di atas tebing itu. Saya amat terkejut kerana kabus tebal itu mengalir jatuh seperti sebuah air terjun,” katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...