loading...

Cangkul Warrior Permainan Inspirasi Dari Mat Cangkul

SHAH ALAM – Google Play kini muncul dengan permainan baru iaitu ‘Cangkul Warrior’ yang diinspirasikan daripada kes Mat Cangkul yang cuba menyerang petugas pembekal air di Johor baru-baru ini.

 

Kewujudan permainan itu mula disedari netizen beberapa hari lepas mendapat sambutan yang baik.

 

Permainan tersebut menggunakan latar belakang sebuah kawasan perkampungan serta watak utamanya mengejar mangsanya menggunakan cangkul.

 

Mat Cangkul merujuk kepada lelaki dalam kejadian serangan ke atas pekerja Syarikat Air Johor Holding Sdn. Bhd. (SAJ) ketika mahu memotong bekalan air di sebuah rumah.

 

Mereka telah diserang oleh dua lelaki dari Kampung Melayu Kulai, Johor dan salah seorang penyerang telah mengugut untuk mencederakan pekerja SAJ itu menggunakan cangkul.

 

Selain itu, ramai pengguna aplikasi ini memuji permainan ini mengatakan ia menghiburkan dan boleh menghilangkan stress.

 

“Function habis, ok la ni untuk hilangkan stres,” kata seorang pengguna dalam ruangan komen Google Play.

 

“Hilang stres aku main game ni,” kata pengguna yang lain pula.

 

“Walaupun permainan ini macam tiada hala tuju tapi ia boleh jadi bahan gelak dan untuk lepaskan stress,” tambah pengguna lain.

 

Bagaimanapun, ada juga yang meminta agar permainan ini ditambah baik untuk jadikan ia lebih menyeronokkan.

 

“Bila dan main lama-lama lepas itu tak boleh lompat dan pukul. Sedih, nak rasa pengembaraan Cangkul Warrior lama lagi,” kata seorang pengguna pula.

 

Manakala yang lain pula mengatakan, “saiz fail terlalu besar dan strategi permainan agak hambar,”.

 

Aplikasi permainan ini hanya boleh dimainkan oleh pengguna Android sahaja, setakat ini masih belum dapat dipastikan siapa pencipta permainan ini dan rating yang diberikan oleh pengguna adalah 4.7.Cangkul Warrior permainan inspirasi dari Mat Cangkul-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...