loading...

Bahasa Melayu Perlu Dijadikan Bahasa Pengantar Rantau Asia Tenggara – Rais Yatim

Bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai bahasa pengantar rantau Asia Tenggara atau bahasa utama ASEAN kata Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim.

 

Beliau berkata, ini kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia kini telah mula hilang identitinya akibat daripada pengaruh barat yang datang menyerang melalui teknologi-teknologi dan media sosial.

 

“Saya mengutarakan bahasa Indonesia-bahasa Melayu sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri. Cukup kuat untuk djadikan bahasa ASEAN atau salah satu bahasa PBB dengan penutur lebih 300 juta,” ujarnya, petik MG.

 

Anugerah tersebut diberikan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-65 Fakulti Hukum dan ulang tahun ke-60 UNAND.

 

Justeru, menurut Rais, buku-buku hebat Barat yang tinggi nilainya boleh diterjemah terus untuk dijadikan ilmu dalam bahasa Melayu.

 

“Bahasa kita mesti terus jadi bahasa budaya dan pembudayaan kita,” tambahnya lagi.

 

Untuk itu, katanya, orang Melayu perlu bangkit dengan semangat kebangsaan dalam mengutamakan bahasa kita sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan bahasa komunikasi.

 

Pada September lalu, Timbalan Presiden Republik Indonesia Muhammad Jussuf Kalla turut menerima anugerah yang sama dan Rais penerima kedua pada tahun ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...