loading...

Video: Kekecohan Semasa Sebutan Kes Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Ahli – ahli Oraganisasi Bukan Kerajaan(NGO) berkumpul di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pagi tadi sebagai tanda sokongan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

 

Organisasi ini dikatakan terdiri daripada Persatuan Muka Buku yang membawa kain rentang yang tertulis ‘Rasuah Tanah Taman Manggis-DAP Rakyat Miskin”, “Lim Guan Eng Letak Jawatan” dan “LGE Terlibat Rasuah”.

 

Dalam pada itu, penyokong Lim turut hadir bagi menyokong Ketua Menteri itu.

 

Pertembungan diantara kumpulan penyokong Lim dan NGO itu mengakibatkan keadaan menjadi panas apabila kedua-dua pihak mengejek antara satu sama lain.

 

Hari ini, sebutan kes rasuah yang melibatkan Ketua Menteri itu akan berlangsung.

 

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa dibawah seksyen 23, Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak lebih dari 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan dan bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa atas kesalahan salah guna kedudukan sebagai Ketua Menteri dalam isu pembelian rumah Phang Li Khoon dan bakal didakwa di bawa seksyen 165 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara 2 tahun dan dendan jika disabitkan bersalah.

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...