loading...

Video : Jamal Dakwa Bersih 5 Didalangi IS, Daesh

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan (pertubuhan bukan kerajaan) NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos mendakwa Bersih 5 melantik ‘konsultan’ Thailand yang didalangi IS dan Daesh.

 

 

Jamal berkata, beliau akan membuat laporan polis daripada maklumat yang diterima mengenai Bersih 5  yang mahu menggulingkan kerajaan melalui saluran pengganas.

“Kami menentang Bersih 5 kerana melalui sumber, mereka diresapi dakyah IS dan kumpulan Daesh.

 

 

“Kita akan menyerahkan laporan itu kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Saya yakin dan percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan,”katanya yang mengakui maklumat itu daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai.

 

Dakwanya, Bersih 5 ingin melakukan tindakan menyamai perhimpunan di Thailand yang mahu menggulingkan kerajaan mereka (Thailand) satu ketika dulu.

 

 

Dalam pada itu, beliau berkata, mesej Bersih 5 adalah alat untuk mengakar kebencian terhadap kerajaan yang membawa isu mengelirukan rakyat termasuk dakyah 1MDB.

 

 

“Tindakan mereka amat bertentangan dengan perlembagaan, sekali gus akan membawa kekacauan dalam negara.

 

 

Terdahulu, gerakan ini akanmengadakan jelajah bagi membantah himpunan haram Bersih 5 dengan turun ke setiap 6 lokasi yang disebutkan termasuk satu lokasi tambahan di Pulau Pinang.

Pihaknya menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menentang Bersih 5 sekali gus menunjukkan sokongan demi mempertahankan demokrasi negara. -SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...