loading...

Rita Rudaini Tegas Tuntut Edah RM15,000

Masih belum selesai dengan kes penceraian diantara Rita Rudaini dan bekas suami Mohd Aidil Zafuan, kini Rita bersedia untuk menyelesaikan kes tuntutan edah ke atas bekas suaminya itu di luar mahkamah. Bagaimanapun menurut Rita, keputusan itu haruslah melalui proses perbincangan diantara dua pihak dan bukannya ditetapkan oleh satu pihak sahaja.

BACA: Rita Rudaini Mengaku Rapat Dengan Donna Muslim

“Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit untuk membayar kos guaman sebelum ini. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu. Namun, disebabkan keengganan beliau untuk melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah”

“Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan semalam. Namun sehari sebelum perbicaraan itu pihak Aidil ada menghantar surat menyatakan keinginan beliau untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah. Menerusi surat yang sama beliau menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000 sahaja, tetapi saya tak bersetuju”

“Ini kerana kenapa perlu satu pihak sahaja yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan bersama. Maksudnya, beliau juga perlu bersetuju dengan jumlah tuntutan saya sebanyak RM15,000 seperti sebelum ini,” katanya kepada portal My Artis yang tegas menginginkan pihak bekas suami membayar jumlah yang ditetapkan olehnya sebelum ini.

Namun begitu, Rita menyambut baik hasrat bekas suaminya itu yang ingin kes ini diselesaikan tanpa membabitkan pihak mahkamah tetapi perbincangan bersama perlu diadakan. Dalam masa yang sama, Rita telah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan kini masih menunggu jawpaan balas daripada pihak Mohd Aidil Zafuan berhubung perkara itu. (rkty/w)

2-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 3-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 4-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 5-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 6-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 7-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...