loading...

Pemain Catur Dunia Naik Angin Dipaksa Pakai Tudung

LONDON — Pemain catur wanita berang susulan kejohanan dunia, yang akan diadakan tahun depan, di Iran mewajibkan mereka memakai tudung.

 

Ramai daripada 64 pemain utama dilaporkan ingin memulaukan kejohanan kalah mati tersebut.

 

Juara catur wanita Amerika Syarikat berkata peraturan itu bukan sahaja tidak munasabah malah mereka boleh dipenjarakan jika tampil tidak bertudung.

 

“Sangat tidak boleh diterima untuk menganjurkan kejohanan penting wanita di tempat yang memaksa mereka bertudung.

 

“Saya faham dan hormat perbezaan budaya tetapi gagal mematuhi peraturan itu boleh dipenjarakan dan akibatnya hak wanita sangat-sangat terbatas.

 

“Tidak selamat bagi wanita serata dunia untuk bermain di sana,” kata Nazi Paikidze seperti dilaporkan The Telegraph semalam.

 

Wanita di Iran diwajibkan berhijab sejak zaman revolusi Islam 1979 dan undang-undang itu dikuatkuasakan oleh polis moral republik tersebut.

 

Wanita yang tidak memakai tudung di tempat awam boleh ditangkap, didenda atau diberi amaran.

 

Pengerusi Suruhanjaya Catur Wanita badan dunia pula berkata pemain perlu menghormati budaya Iran dan tidak menjadikan tudung penghalang acara itu.

 

Susan Polgar berkata pemain yang mempunyai masalah dengan peraturan tersebut boleh mengutarakan hal itu kepada pihaknya atau Persekutuan Catur Dunia (Fide).

 

“Saya secara peribadi tiada masalah memakai hijab asalkan ia seragam kepada semua pemain.

 

“Saya percaya penganjur sudah memberikan pilihan cantik kepada peserta kejohanan Grand Prix wanita sebelum ini,” beliau dilaporkan berkata. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...