loading...

Pelakon Ardell Nafi Pengkid, Bergaduh Berebut ‘Awek’

KUALA LUMPUR – Pelakon Ardell Aryana, 26, nafi seorang pengkid dan bergaduh berebut ‘awek’ seperti yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

 

Mengakui perwatakannya memang nampak agak kasar, namun menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang disifatkan tidak berasas kerana jauh di sudut hatinya dirinya masih lagi seorang wanita normal.

 
“Sejak dulu lagi tiada kontroversi lain, selain mengatakan saya seorang pengkid dan menjalinkan hubungan songsang. Sudah banyak kali saya jelaskan yang saya bukan begitu.

 

“Berkenaan saya bergaduh baru-baru ini kerana berebut awek, juga tidak benar. Saya layan setiap pengikut di laman sosial saya, perempuan atau lelaki sama sahaja,” katanya memetik laporan Utusan.

 

 

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd. Amin berkata, biarpun dicopkan sebagai pengkid kerana gaya rambut dan perilakunya yang kasar, namun dia amat menyenangi potongan rambut pendek tersebut.

 

 

“Sebelum ini rambut saya memang panjang, tetapi apabila diminta untuk potong rambut bagi memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama, saya turutkan.

 

 

“Lama-kelamaan saya semakin selesa dengan rambut pendek kerana mudah untuk diurus, tidak banyak masa yang perlu saya peruntukan setiap pagi.

 

 

“Namun, gaya ini bukanlah kekal selamanya. Malah, kalau saya berlakon saya akan ikut apa watak yang diberi. Misalnya, kebelakangan ini saya banyak menerima watak wanita memakai tudung,” katanya.

 

Terdahulu, Ardell pernah dikaitkan dengan seorang ‘Datuk’ dan lebih mengejut individu yang dimaksudkan ialah ‘Datuk Red’ yang seringkali dikaitkan dengan kontroversi bersama artis wanita.

 

 

“Apa yang boleh saya jelaskan, saya tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan Datuk berkenaan, lebih kepada rekaan sahaja,” katanya.

 

 

Mengakui masih belum mempunyai kekasih hati dan belum bersedia berfikir soal kahwin, Ardell mahu menumpukan perhatiannya kepada keluarga.

 

 

“Saya dilahirkan dalam keluarga mualaf. Bapa berasal dari Indonesia dan ibu pula berbangsa Cina. Ketika mereka berkahwin keduanya memeluk agama Islam. Bagaimanapun badai yang menimpa keluarga kami menyebabkan ibu saya bergelar ibu tunggal dan bersusah payah membesarkan kami dalam Islam.

 

 

“Melihat apa yang dilalui dia selama ini, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan ibu saya mempunyai kehidupan yang lebih baik kini,” katanya.

 

 

Ardell yang juga merupakan seorang usahawan dalam rangka mempromosikan produk terbaharunya di bawah jenama Ardell Kacak.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...