loading...

Mat Sabu Yakin PAN Bertahan Lebih Lama Berbanding Semangat 46

Parti Amanah Negara (PAN) yakin parti akan terus hidup dan berharap penyokongnya tidak terpengaruh dengan analisa negatif sesetengah pihak, kata Presidennya, Mohamad Sabu.

 

 

Beliau berkata, PAN yang baharu berusia setahun ini sangat berkembang sekali gus yakin parti itu akan bertahan lebih lama.

 

 

” Di Kelantan kita menerima permohonan keahlian dari beberapa orang profesor, aktivis dan NGO untuk bersama AMANAH.

 

 

“Walaupun apa keputusan pilihan raya yang akan datang dan mahu kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang tetapi jika berlaku sebaliknya PAN akan tetap bertahan dan akan terus maju menjadi parti masa depan yang cemerlang,” katanyadalam satu kenyataan.

 

 

Tambahnya yang merujuk kepada pengalaman berada di dalam Pas dan politik sejak 38 tahun, Mohamad melihat perkembangan PAN jauh lebih cepat diterima terutama di negeri-negeri sebelah selatan.

 

 

Katanya PAN tidak akan jadi seperti Semangat 46 yang sangat hebat satu ketika dahulu namun, parti tersebut hanya mampu bertahan sebanyak 2 kali pilihanraya sahaja.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...