loading...

Forbes Lapor Harta Trump Menyusut

NEW YORK – Harta yang dimiliki oleh calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump dilaporkan kini semakin menyusut.

 
Majalah Forbes melaporkan, penyusutan nilai harta Trump berlaku sehingga AS$800 juta (RM3.29 bilion) sejak tahun lalu.

 
Majalah yang sama turut menganggarkan nilai hartanah bersih yang dimiliki jutawan itu kini hanya berjumlah kira-kira AS$3.7 bi­lion (RM15.22 bilion), memetik laporan BBC.

 
Forbes melaporkan, penyusutan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kelemahan nilai pasaran hartanah di New York ketika ini.

 
Sebanyak 18 daripada 28 aset atau bangunan yang dinilai oleh Forbes mengalami kejatuhan nilai termasuk mercu tanda Trump Tower di Fifth Avenue Manhattan.

 
Selain menara yang menjadi lambang kekayaan Trump, beberapa aset lain miliknya terma­suk 40 Wall Street, Mar-a-Logo dan kelab persendiriannya di Palm Beach, Florida juga me­ngalami kejatuhan nilai.

 

 
Dalam debat Pre­siden yang pertama Isnin lalu, Trump mendakwa beliau memiliki pendapatan besar yang boleh digunakan untuk menguruskan negara ini jika dilantik sebagai Pre­siden AS.

 
Trump juga dilaporkan bersedia menggunakan keseluruhan dana miliknya untuk tujuan itu dan enggan terhutang budi kepada penderma seperti yang di­terima pesaingnya daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton.

 
Difahamkan, Trump telah me­labur sehingga AS$50 juta (RM206 juta) setakat ini untuk kempen Presiden AS.

 
Forbes turut melaporkan, kenya­taan kontroversi Trump terhadap kumpulan pendatang dari Mexico baru-baru ini juga telah menyebabkan pemimpin itu kerugian perjanjian perniagaan bernilai sehingga AS$100 juta (RM412 juta) dengan beberapa syarikat termasuk NBC Universal, Univision dan Macy’s.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...