loading...

Faiz Gengam Leher Saya Sebab Tak Nak Ikut Bekas Suami

KUALA LUMPUR – Selepas bekas suaminya, memuatnaik kenyataan di Instagram miliknya, kini tiba giliran Emilia Hanafi pula membuat kenyataan balas.

 

Dalam muatnaik status di instagram miliknya, beliau menafikan bahawa beliau enggan menyerahkan anaknya, tetapi anaknya sendiri yang enggan melepaskan beliau dari dakapan.

 

“Walaupun Mahkamah Syariah ada mengarahkan sementara untuk anak-anak saya bermalam selama satu malam bersama bekas suami, namun Mahkamah telah mengatakan bahawa anak-anak tersebut tidak boleh dipaksa sekiranya mereka tidak mahu.

 

“Di dalam video yang tersebar, anak kedua saya iaitu Faiz, jelas tidak mahu mengikut dan bermalam dengan bekas suami. Faiz dan anak-anak saya yang lain amat trauma dengan kejadian-kejadian dan peristiwa hitam yang telah pun berlaku sebelum ini terhadap saya di hadapan mata anak-anak sendiri,” katanya dalam status di Instagram.

 

Justeru, disebabkan keengganannya, beliau mencengkam lehernya kerana tidak mahu mengikut bekas suami saya.

 

“Dalam insiden itu, Faiz menggenggam erat leher saya dan enggan melepaskan. Dengan jelas dia tidak mahu mengikut bekas suami,” ujarnya

 

Tambah beliau lagi, naluri sebagai ibu menyebabkannya berasa sedih di atas perkara yang menimpa anaknya itu.

 

“Ibu mana yang sanggup membiarkan anak-anak dipaksa apabila jelas anak-anak itu tidak mahu. Video yang viral itu jelas menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku.

 

“Suara-suara dan tangisan dalam video tersebut jelas kedengaran. Ada pihak yang mendakwa bahawa saya yang bertindak ‘ganas’ atau kasar semasa berlakunya kejadian di dalam video itu. Benarkah? Ada pihak mengatakan bahawa ahli keluarga saya telah melemparkan kata-kata yang tidak elok terhadap pihak keluarga bekas suami. Benarkah?” ujarnya.

 

Sejurus selepas insiden berkenaan, hanya Farhan (bongsu) yang diambil oleh bekas suami Emilia.

 

Terdahulu, Datuk SM Faisal Nasimuddin yang merupakan bekas suami Emilia tampil membuat penjelasan di dalam akaun Instagram miliknya setelah beliau menerima kecaman daripada netizen selepas muatnaik video tersebut.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...