loading...

Donald Trump Arah Pecat Wanita Tidak Cantik Di Kelab Golfnya

LOS ANGELES – Calon presiden daripada parti Republican, Donald Trump mencadangkan pihak pengurusan di kelab golfnya di California supaya memecat sekurang-kurangnya 5 pekerja wanita yang kurang menarik, lapor Los Angeles Times semalam, memetik rekod mahkamah.

 

Dokumen berkenaan menyatakan pekerja di Kelab Golf Trump National di Rancho Palos Verdes sangat bimbang kerana Trump berulang kali mendesak supaya hanya “wanita cantik, muda, kurus” saja dijadualkan bekerja pada hari beliau berkunjung ke kelab itu.

 

“Saya melihat sendiri Donald Trump beritahu pengurusan banyak kali ketika beliau ke kelab itu yang pelayan ‘tidak cukup cantik’ dan mereka patut dipecat serta digantikan dengan wanita lebih menarik,” kata Hayley Strozier.

 

Hayley yang bekerja di kelab itu hingga 2008, berkata demikian menerusi keterangannya dalam dokumen mahkamah berkaitan tuntutan saman difailkan pekerja yang mendakwa mereka tidak dibenarkan berehat di tempat bekerja berkenaan.

 

Beberapa pekerja berkata, Trump yang berusaha keras untuk menarik pengundi wanita sepanjang kempennya menuju ke Rumah Putih, juga membuat komen yang tidak elok terhadap wanita di kelab itu dan ramai yang berhenti atau dipecat kerana rupa mereka, menurut dokumen mahkamah.

 

Dalam satu kunjungan, beliau melihat “pelayan muda, menarik” dan kemudian diminta dibawa ke kawasan di mana Trump bermesyuarat dengan sekumpulan lelaki, kata bekas pengurus restoran Trump, Charles West dipetik sebagai berkata.

 

Seorang lagi pekerja berkata Trump bertanya kepada pelayan wanita itu mengenai status perkahwinannya dalam satu kunjungan lain dan kemudian akan sering bertanya adakah pelayan itu masih “bahagia dengan perkahwinannya”.

 

Peguam Trump menafikan kelab berkenaan melakukan diskriminasi terhadap pekerjanya.

 

Pendedahan dalam Times itu dibuat susulan Trump yang menggelar wanita “babi”, “selekeh” dan “anjing” dipaksa menjawab kepada tuduhan seorang Ratu Cantik Dunia, Alicia Machado yang pernah dimalukannya dengan isu gemuk – dan memanggil wanita itu “Miss Piggy”. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...