loading...

Bapa Tampil Buat Penjelasan Isu Rampas Anak

Muatnaik video yang menjadi viral semalam mengenai keengganan seorang ibu melepaskan anaknya untuk diambil oleh bekas suaminya, dan kini bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil membuat penjelasan.

 

Bapa kepada kanak-kanak tersebut, Datuk SM Faisal Nasimuddin tampil membuat penjelasan di dalam akaun Instagram miliknya setelah beliau menerima kecaman daripada netizen selepas muatnaik video tersebut.

 

Menurut beliau, keluarga bekas isterinya mula mencetuskan provokasi dengan mengungkap kata-kata kesat kepadanya sehingga mengakibatkan keadaan menjadi tegang namun beliau masih berada dalam keadaan terkawal.

 

“Keluarga pihak bekas isteri saya telah melaungkan kata-kata nista kepada saya dan keluarga.

 

“Namun saya tidak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengn tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga anak saya yang sangat saya rindui,” tulisnya dalam akaun Instagram miliknya.

 

Namun, selepas selesai prosiding mahkamah, bekas isterinya enggan melepaskan anak beliau sehingga mereka berada dalam keadaan ketakutan dan kekeliruan.

 

“Selepas prosing mahkamah, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak beliau, kejadian ini menyebabkan anak-anak saya berasa binggung, keliru dan takut.

 

“Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat,”katanya.

 

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa mahkamah telah membenarkan anak-anaknya tinggal bersamanya selama satu hari dan meninggalkan anak sulong mereka kepada ibunya kerana kurang sihat.

 

Tambah beliau lagi, dalam video yang kononnya menampakkan beliau sedang merampas anaknya itu, beliau menafikan tindakan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau hanya merayu kepada isterinya supaya membenarkan beliau untuk berjumpa dengan anaknya itu.-SuaraTV

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...