loading...

Anak Zahid Pertahan Bapanya Dikritik

PETALING JAYA  – “Bagi saya, dia adalah seorang lelaki bergaya yang berani bercakap dan mempertahankan apa yang dia percaya dan memberikan yang terbaik sebagai timbalan kepada perdana menterinya. Itu yang penting,” kata anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah menerusi kapsyen di laman Instagramnya hari ini.

 

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik orang ramai kerana kesalahan bertutur ketika berucap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 
Nurulhidayah berkata, ayahnya tidak mempunyai ‘bahasa bergaya’ untuk menarik perhatian gaya ‘mat salleh Malaysia’.

 
Terdahulu, Zahid dikritik kerana kesalahan bertutur ketika mewakili di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

 
Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.

 
Dalam pada itu, pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan.

 

“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.

 

“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq dalam statusnya di Facebook, semalam.

 

Selain Syed Saddiq, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin turut mempertahankan Zahid dan menyatakan tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...