loading...

Video : Pengunjung Teruja, Sambut Merdeka Seawal 6.00 Pagi

KUALA LUMPUR – Kali ini nampaknya rakyat Malaysia semakin teruja mempamerkan semangat menyambut kemerdekaan seawal 6.00 pagi.

 

Tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama sempena menyambut Hari Kebangsaan 2016 hari ini juga disambut oleh pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara.

 

Mengekalkan tema ‘Sehati Sejiwa’ sambutan hari bersejarah ini disertai ratusan ribu rakyat Malaysia termasuk pelancong asing mengambil peluang menghayati sambutan ini.

 

Sementara itu, SuaraTV turut menemubual beberapa pengunjung dari pelbagai bangsa.

 

Nor Atikah Abu Bakar, 21, pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB) berkata, demi menyambut kemerdekaan negara, dia berasa teruja untuk bersama-sama meraikan hari kemerdekaan pada kali ini.

 

Biarpun ini merupakan kali pertama datang meraikan hari kemerdekaan negara, namun beliau cukup terharu dengan sambutan kemerdekaan pada kali ini.

 

“Saya rasa penghayatan kali ini lebih mendalam bila dengar orang jerit merdeka, lebih rasa semangat,”katanya.

 

Alvin Chong, 20, sanggup datang ke sini seawal jam 6.30 pagi. biarpun keseorangan, beliau berkata, mahu merasai suasana kemerdekaan dan meraikannya bersama seluruh rakyat Malaysia pada hari yang bersejarah ini.

 

“Saya seorang saja yang datang. Keluarga tak mahu bangun. Jadi saya nak meraikannya dan datang walaupun seorang saja,”katanya.

 

Dalam pada itu, sambutan yang diserikan melalui perbarisan hampir 15,000 peserta daripada pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.

 

 

Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

 

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan barisan menteri Kabinet serta perwakilan asing.

 

Tuanku Abdul Halim telah menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi.

 

Dataran Merdeka kemudiannya bergema dengan nyanyian lagu Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak itu 14 das tembakan kehormat turut kedengaran yang melambangkan 14 negeri dalam Malaysia.

 

Sejurus kemudian, bermula acara padang daripada kira-kira 2,000 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Kanak-kanak juga teruja apabila berpeluang melihat maskot utama animasi negara antaranya Boboiboy, Keluang Man dan ‘Didi and Friends’ yang menyertai kontinjen animasi.

 

Perbarisan aset milik pasukan keselamatan negara antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menampilkan 157 buah pelbagai jenis kenderaan yang dimiliki PDRM sejak 1950 hingga kini menarik perhatian para pengunjung di Dataran Merdeka.

 

Turut mendapat perhatian adalah kehadiran wira dan wirawati negara Sukan Olimpik Rio 2016 yang diarak menaiki bas Hop On Hop Off.

 

Video menyusul.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...