loading...

Video : Keluarga Unik Tampil Dengan Fesyen Merdeka

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga datang ke Dataran Merdeka menyambut kemerdekaan dengan menampilkan pakaian unik sempena sambutan kemedekaan pada kali ini.

 

Walaupun ini merupakan sambutan kedua bagi keluarga yang dikenali sebagai keluarga ‘Jessie’ ini, mereka mengakui dia menjahit baju itu demi untuk tampil lebih ‘patriotik’ di hari merdeka.

 

Biarpun pada tahun lalu juga turut menampilkan baju jalur gemilang dengan rekaan unik, kali ini mereka memastikan jalur gemilang yang ditampilkan lebih unik dan diingati tambahan lagi bagi memperingati dan menaikkan semangat kemerdekaan negara.

 

“Sejak tahun lalu dengan memakai pakaian jalur gemilang ini, ini sahaja cara yang dapat menunjukkan semangat patriotik selain menyambutnya di Dataran Merdeka,”kata Jessi yang merupakan ketua keluarga itu.

 

Terdahulu, Persembahan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan aksi-aksi mencemaskan dan tangkas ketika menangani jenayah menunjukkan kesiapsiagaan pasukan anggota pelbagai unit itu dalam memastikan keselamatan negara, mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.

 

Segmen kedua membabitkan perbarisan dan perarakan pula menampilkan 10 segmen utama daripada komponen kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraan awam, keselamatan negara, pertunjukkan udara dan komponen rakyat bersatu.

 

Penonton khususnya kanak-kanak pula begitu seronok menyaksikan pelbagai maskot daripada watak-watak utama animasi terbitan syarikat tempatan antaranya BoboiBoy, Keluang Man dan ‘Didi and Friends’ yang menyertai kontinjen animasi.

 

Antara yang turut menarik perhatian orang ramai ialah perbarisan aset milik pasukan keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menampilkan 157 buah pelbagai jenis kenderaan yang dimiliki PDRM sejak 1950 hingga kini.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...