loading...

SPRM Buru Bapa ADUN DAP Minta Rasuah Perumahan Rakyat P.Pinang

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memburu Lim Keat Seong, 68, ekoran penyebaran video melibatkan dirinya dan beberapa individu lain meminta rasuah bagi mendapatkan rumah mampu milik di Pulau Pinang.

 

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban berkata, Keat Seong merupakan bapa kepada ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim gagal dihubungi malah individu berkenaan juga tiada dirumah sewaktu serbuan dijalankan.

 

“Siasatan berhubung dakwaan itu dimulakan semalam dan lima lelaki dalam rakaman video termasuk seorang lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan urusan seperti didakwa itu, telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

 

Tambahnya, pihaknya telah mengambil keterangan enam individu yang terlibat dalam urusan berkenaan.

 

“Kami akan teruskan siasatan berhubung dakwaan itu dan berharap orang ramai khususnya mangsa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu supaya tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dipetik Utusan Malaysia berkata tidak akan menjalankan siasatan dalaman terhadap kes tersebut.

 

Katanya, kes rasuah itu berkaitan bapa Siew Khim dan ianya tiada kaitan dengan ADUN DAP Sungai Pinang berkenaan.

 

“Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP,” ujarnya. – Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...