loading...

Sertai Tabligh, Zul Handy Black Dituduh Tunjuk Baik

Gara-gara menyertai tabligh dan mula berdakwah dari rumah ke rumah, Zul Handy Black tidak dapat lari daripada tohmahan apabila ada sesetengah individu yang menyifatkannya sebagai pendakwah hanga-hangat tahi ayam dan juga tunjuk baik kononnya.

BACA: “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat”

“Pernah beberapa kali saya disindir malah diherdik ketika berdakwah hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya,” kongsinya kepada mStar Online.

Sementara itu, Zul mula mendekati diri dengan tabligh dan berdakwah dengan rakan-rakannya bermula setelah dia kehilangan bapa tercinta yang telah pergi buat selamanya. Mahu menggunakan masa yang ada sebaiknya, Zul mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia”

“Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang ini untuk bersama ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal,” katanya. Selain itu, Iwan Dangdut, Ali (XPDC), Shamsul Ghau Ghau dan juga Ijam (Medicine) adalah antara rakan yang turut menjalankan dakwah sepertinya. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...