loading...

Pengerusi Bank Bergelar Tan Sri Ditahan Reman 7 Hari

PUTRAJAYA – Pengerusi sebuah bank bergelar Tan Sri ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana bernilai RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku biografi tokoh politik negara.

 

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 65 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini berkuat kuasa hari ini sehingga 5 September.

 

Tan Sri berkenaan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 1.15 tengah hari semalam ketika tampil memberi keterangan.

 

Susulan penahanan itu, akaun peribadinya dan keluarganya yang berjumlah hampir RM1 juta dibekukan SPRM.

 

Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.

 

Sementara itu, empat lelaki termasuk pengarah urusan bank yang sama bergelar Datuk, bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan yang tamat tempoh reman hari ini dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai.

 

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu dan empat daripada mereka dibebaskan hari ini.

 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...