loading...

Hadir Anugerah Tanpa Solekan, Alicia Keys Dapat Pujian Netizen

Penyanyi R&B Alicia Keys, membuat kemunculan karpet merah di anugerah MTV Video Music Awards (VMA) tanpa secalit solekan.

 

Ia bukan baharu bermula namun, pada tahun ini, Keys memang banyak menghadiri majlis tanpa solekan dan mengerakkan kempen hashtag #NoMakeUp di media sosial.

 

Katanya, walaupun tampil tanpa solekan, ia tidak bermakna beliau menentang solekan.

 

Tambahnya, ini semua merupakan pilihan peribadi.

 

Apa yang penting, penampilan Keys di MTV VMA mendapat pujian ramai netizen.

 

Mei lalu, Keys menulis sebuah artikel yang diterbitkan dalam portal Lenny menyatakan beliau tidak mahu lagi bersembunyi di sebalik solekan.

 

Ujarnya lagi,galakan tersebut diterima daripada jurugambar Paola Kudacki, yang menggalakkannya beraksi tanpa solekan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...