loading...

Biar Husam dengan pilihannya, Pas tak terjejas

KOTA BHARU – Penyertaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam Amanah tidak akan memberi sebarang kesan kepada Pas, kata Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob.

 

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam kelmarin.

 

“Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di Kota Bharu, semalam.

 

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, berkata, malah mana-mana individu sekalipun boleh menyertai parti pilihan mereka mengikut kesesuaian dan keserasian dengan perjuangan parti yang dipilih.

 

“Insya-ALLAH, dia akan jadi pemimpin dalam parti Amanah nanti. Saya doakan,” katanya.

 
Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam kelmarin.

 

Beliau dipecat keanggotaannya dalam Pas April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama Pas-Umno.

 

Sementara itu, pada majlis sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,Husam bebas untuk memilih mana-mana parti selepas dipecat daripada parti itu.

 

“Itu hak dia, dia bukan lagi orang Pas. Jadi terserah kepada dia mahu masuk parti mana, saya harap dia sudah bertemu dengan pilihannya.

 

“Bagi kita, kita boleh berdepan dengan sesiapa, Insya-ALLAH,” katanya.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...