loading...

Video : Ketum Perlu Dikaji Lagi – Tajudin Rahman

 

KUALA LUMPUR –  Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata penanaman ketum perlu dikaji lagi sebelum ditanam untuk tujuan komersil.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai cadangan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

 

Kita di kementerian pertanian, tidak ada dalam perancangan kita untuk menanam ketum ini. Ataupun menggalakkan petani-petani untuk tanam ketum. Ia tiada dalam agenda kementerian pertanian.

“Ia perlu dikaji lebih lagi dimana kesan dan buruk baiknya, pada masa ini yang kita tahu, cerita mengenai ketum ini tidak begitu baik,”katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Wanita Umno di PWTC, tengahari tadi.

 

Beliau berkata, kerajaan tidak digalakkan orang minum ketum kerana akan mengkhayalkan.

 

“Bila minum dia ‘high’ kan. Jadi takkan kita nak galakkan orang minum air ketum. Orang kampung sekarang ni (dilihat) banyak tanam (secara haram). Mereka (masyarakat luar bandar) suka-suka tanam (Ketum) dan kemudian dijual dan proses.

 

“Mungkin ada kesan daripada segi kesihatannya, samada baik atau tak baik. Cuma kita tahu apabila minum tu (ketum) diminum badan jadi kuat, bawak lori pun boleh bawak 4-5 jam tak tidur. Itu emua kena kaji dulu,”ujarnya.
Terdahulu, pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

 

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, cadangan itu timbul selepas agensi terbabit menerima beberapa permohonan daripada beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah bagi membekalkan daun ketum untuk tujuan menghasilkan ubat-ubatan.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak kementerian mendapati masalah pengambilan air ketum dalam kalangan pelajar di utara semenanjung adalah serius.

 

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tidak salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan undang-undang.   Beliau berkata, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum. -SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...