loading...

Raja Muda Selangor Sertai Askar Melayu

KUALA LUMPUR – Tunku Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memulakan tugas sebagai anggota Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) setelah melaporkan diri di Kem Terendak, Melaka.

 

Tengku Amir telah diserapkan ke Batalion ke-17 sebagai Pegawai Tentera Darat DiRaja Malaysia (TDDM) dengan pangkat Leftenan Muda setelah menjalani latihan Pegawai Kadet selama setahun di Kolej Tentera Darat (KTD), Port Dickson.

 

Berita tersebut dikongsi oleh laman Facebook Selangor Youth Community yang turut menyertakan beberapa rakaman foto Raja Muda Selangor yang sedang mengikuti majlis pentauliahan di Kem Terendak.

 

“Tuanku Raja Muda Selangor ‪#‎RMS‬ telah melapor diri menyertai Regimen Askar Melayu Diraja (Batalion ke-17) sebagai Leftenen Muda di Kem Terendak, sebuah kem askar Angkatan Tentera Malaysia yang terletak di Melaka. Tabik springlah #RMS,” tulis status di laman tersebut.

 

Ramai pengguna media sosial (netizen) mengalu-alukan kesediaan Raja Muda Selangor yang popular dengan gelaran RMS itu menyertai RAMD yang disifatkan tanda rendah diri seorang anak raja yang sanggup berbakti untuk nusa dan bangsa.

 

“Malaysia perlu kan lagi anak raja yang mahu merendahkan sayapnya,” komen Abi Johann di laman Facebook itu.

 

“Salute…. belajar memimpin dan yang dipimpin, sebelum menerajui pimpinan,” ujar Lujat Maysih Tamam pula.

 

Manakala netizen lain mengalu-alukan langkah RMS tidak kekok bercampur gaul dengan anggota tentera yang lain meskipun berlainan status.

 

“Sama level je paras. Biasa anak sultan takkan sebaris dengan anggota lain. Terbaik RMS,” ulas Hafizi Husin.

 

“RMS pun tiada masalah nak bergaul dengan org bawahan. U earned my respect bro,” tulis Izoe Scooby menyokong pendapat Hafizi. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...