loading...

Kementerian Kesihatan Cadang Haramkan Ketum

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan bercadang mengemukakan saranan supaya tanaman dan pemprosesan ketum di negara ini diharamkan.

 

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata cadangan itu dibuat selepas pihaknya mengenal pasti wujud keperluan mendesak untuk mengharamkan tanaman dan pemprosesan ketum.

 

“Bahan dalam ketum terbukti menyamai dadah jenis morfin dan boleh menyebabkan ketagihan.

 

“Perbezaan antara ketum dan morfin hanya membabitkan satu rantaian karbon dan ini dikhuatiri akan menyebabkan masalah ketagihan dadah di negara ini menjadi lebih teruk,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan RISDA menanam pokok ketum di seluruh negara bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memenuhi permintaan pasaran luar.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...