loading...

Ingatan Kepada Pakatan Harapan, Jangan Datang Sabah & Sarawak – SAKSAMA

KUCHING – Pakatan pembangkang baru yang menggelarkan mereka Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) mengingatkan kepada Pakatan Harapan untuk tidak menjejakkan kaki ke Borneo (Sabah dan Sarawak).

 

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo berkata, amaran keras khusus kepada PKR dan DAP itu disepakati 7 parti komponen Saksama.

 

“Jika tidak, kita akan kalah dalam pilihan raya akan datang,” katanya bercakap bagi pihak Saksama.

 

Ujarnya lagi, beliau mengalu-alukan parti lain dari semenanjung untuk turut serta dalam gabungan Saksama.

 

“Tetapi pakatan tersebut haruslah saksama antara tiga pihak; Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia sepertimana yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangan pad 1963.

 

“Maka, parti politik pembangkang dari semenanjung harus menghormati status negeri dengan tidak datang ke Sarawak dan Sabah. Begitu juga dengan kami di Sarawak, tidak akan meletakkan calon di semenanjung atau di Sabah. Kami akan membataskan diri kami kepada kawasan kami sahaja,” katanya.

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam respon terhadap pembentukan Saksama menegaskan beliau bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama sekiranya terdapat konsensus antara mereka. – Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...