loading...

Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin

Mengikat tali pertunangan sejak tiga tahun lalu, Indah Ruhaila tidak sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit demi mendapatkan perkahwinan yang eksklusif kerana dirinya lebih bersikap praktikal didalam hal ini. Malah katanya lagi, beliau juga tidak mahu sampai berhutang kerana ingin berkahwin kerana kehidupan selepas itu adalah lebih penting.

BACA: Peminat Puji Indah Ruhaila Selamatkan Budak Sesat

“Saya juga tidak mengharapkan majlis kahwin yang hebat keran apa yang penting, menguruskan hal yang wajib. Lagipun, banyak wang akan digunakan apabila memulakan hidup baru nanti. Saya hanya mengimpikan majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak menyusahkan sesiapa. Saya juga tidak sanggup berhutang kerana mahukan perkahwinan yang gah”

“Saya tidak takut jika nama saya akan jatuh sejurus selepas berkahwin. Itu hanya andaian dan selagi saya boleh berjuang, saya tidak akan berhenti memperkenalkan bakat. Industri seni itu luas, banyak cabang yang boleh diteroka. Saya berharap semua pihak akan mendoakan saya,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan perkara berkenaan.

Sementara itu, Indah turut berkongsi mengenai persiapan perkahwinan beliau dan pasangan yang bakal berlangsung pada awal tahun depan. Walaupun sudah terlewat baginya untuk melangsungkan perkahwinan dek kerana memberi ruang kepada kerjaya seninya, Indah tidak pernah menyesal dan bersyukur diberikan tunang yang sangat memahami. (rkty/w)

1- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 2- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 3- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 4- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 5- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 6- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...