loading...

Fara Fauzana Bakal Nikah Usahawan

KUALA LUMPUR – Hos dan bekas deejay popular, Fara Fauzana dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dalam waktu terdekat.

 

Fara, atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohamad Fadzil, 36, dijangka mengumumkan khabar gembira tersebut pada sidang akhbar yang diadakan hari ini.

 

Kad undangan yang dihantar kepada media pada Jumaat lepas tertera perkataan RSVP untuk sidang akhbar itu sehingga mula mencetuskan spekulasi tentang pengumuman kahwin Fara.

 

Menurut sumber, kekasih pengacara program Muzik Muzik itu merupakan seorang ahli perniagaan.-Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...