loading...

TMJ, Isteri Dikurnia Puteri Sulung

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam dikurniakan cahaya mata pertama pada pagi Sabtu.

 

Kerabat diraja Johor terbaharu ini, seorang puteri dilahirkan di wad diraja Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru.

 

“Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini dalam keadaan kesihatan yang baik,” kata Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

 

Puteri sulung pasangan diraja itu adalah cucu pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

 

Tunku Ismail, 32 dan Khaleeda, 23 diijab kabulkan pada Oktober 2014. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...