loading...

PAS Enggan Kompromi Agihan Kerusi PRU14 Dengan PAN

KOTA BHARU – Pas tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandinginya dalam pilihan raya kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 

Beliau mencadangkan supaya PAN bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika ia ingin menang dalam pilihan raya itu nanti.

 

“Amanah kalau dia nak hidup kena bertanding atas kerusi DAP, dia ada harapan menang, kalau bertanding atas kerusi PAS dia akan kalah.

 

“Sepatutnya DAP beri kerusi kepada PAN sebab parti itu anak buah dia, nampak sinonim kedua-duanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah politik di Pasir Tumboh di sini, malam tadi.

 

PAN adalah parti serpihan Pas yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu.

 

Tuan Ibrahim berkata, kajian yang dibuat oleh Pas terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini, mendapati PAN mendapat sokongan dari kawasan pengundi bukan Melayu.

 

Beliau juga berkata Pas akan bertanding di tempat yang tradisi parti itu bertanding di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan parti lain termasuk DAP dan PAN. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...